kuey teow sup

Kadang-kadang rasa bosan juga asyik makan bihun sup, bihun rebus kan? Apa kata jom tukar selera makan kuey teow sup chinese style ni pula.

Memang dijamin sedap dan sangat mudah untuk dimasak. Sekali cuba, memang confirm tak cukup semangkuk. Jom cuba resepi di bawah!

Baca juga: Resipi Laksa Sardin Tin, Sedap Dia Kalah Kedai Kopitiam Lain

Kuey Teow Sup Ala Kopitiam

Cara penyediaan sup:

1. Rebus isi ayam hingga mendidih.

2. Masukkan fishball.

3. Masukkan 1 kiub ayam & white pepper.

4. Keluarkan isi ayam dari kuah sup. Sejukkan & carikkan isi ayam.

5. Sambil tunggu sup masak, cuci kuey teow untuk buang lebihan minyak. Toskan.

6. Untuk buat cili kicap, potong cili dan campurkan dengan kicap masin.

7. Cara buat minyak bawang putih, cincang 1 labu bawang putih. Nak senang pakai chopper. Masukkan minyak dalam kuali kecil, masukkan bawang putih. Hidupkan api, guna api kecil je. Kacau hingga bawang garing dan kekuningan kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus nanti pahit.

8. Masukkan kuey teow dalam mangkuk, susun isi ayam, sendukkan sup serta fishball. Masukkan cili potong dan minyak bawang putih. Sedia untuk dimakan!

Kredit: Siti Rahayu Ahmad

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN