Categories: Resipi

Resipi Kek Lobak Merah Sukatan Sudu, Pasti Hasil Jadi ‘Moist’!

Anda teringin kek yang lembut, kaya dengan rasa rempah serta rasa krim keju yang lemak berkrim? Cubalah resipi kek lobak merah yang dikongsikan hari ini.

Kek ini sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa atau ketika meraikan hari istimewa. Ada juga beberapa tip tambahan di bawah yang dapat membantu anda dalam menghasilkan kek lobak merah yang sangat sedap.

Jom kita baca resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Resepi Kaswi Gula Merah, Ada Rahsia Nak Dapatkan Hasil Lembut & Cantik

RESIPI KEK LOBAK MERAH

Bahan-Bahan

Bahan 1 (Bahan Kering):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon powder)
  • ¼ sudu teh garam

Bahan 2 (Bahan Basah):

  • 4 biji telur gred L
  • 1 1/3 cawan minyak jagung
  • 1 ½ cawan gula perang
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 3 cawan lobak merah (diparut)
  • 200g kacang walnut (dicincang kasar)

Bahan 3 (Krim Kek):

  • 500g krim keju (cream cheese)
  • 100g susu pekat manis
  • 400g krim segar (fresh cream)

Langkah Penyediaan

1. Sediakan dua loyang bersaiz 8 inci.

2. Sapukan minyak pada permukaan loyang dan alas dengan kertas pembakar (baking paper) untuk mengelakkan kek melekat.

3. Dalam mangkuk, satukan semua Bahan 1. Gaul hingga sebati dan ketepikan.

4. Dalam mangkuk lain, satukan telur, minyak jagung, gula perang, dan esen vanila. Kacau hingga rata.

5. Masukkan campuran Bahan 1 ke dalam adunan basah sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.

6. Tambahkan lobak merah parut dan kacang walnut ke dalam adunan. Gaul hingga sebati.

7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan.

8. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 30-35 minit atau sehingga kek masak (boleh uji dengan mencucuk lidi; jika bersih, kek sudah masak).

9. Setelah masak, keluarkan kek dari loyang dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dihias.

10. Putar krim segar menggunakan mixer sehingga mencapai tekstur soft peak. Ketepikan.

11. Dalam mangkuk lain, putar krim keju bersama susu pekat sehingga lembut dan licin.

12. Masukkan krim segar ke dalam campuran krim keju. Kacau hingga sebati. (Nota: Jangan putar terlalu lama untuk mengelakkan krim cair.)

13. Letakkan satu lapisan kek di atas papan kek.

14. Sapukan krim keju secara rata di atasnya.

15. Ulangi proses ini dengan setiap lapisan kek sehingga selesai.

16. Akhir sekali, sapukan lebihan krim keju pada bahagian luar kek dan hias mengikut kreativiti anda.

Tip Tambahan:

  • Pilih lobak merah yang segar untuk rasa yang lebih manis dan tekstur kek yang lembut.
  • Untuk variasi, anda boleh menambah kismis atau serbuk pala ke dalam adunan kek.
  • Simpan kek di dalam peti sejuk untuk memastikan krim keju kekal segar.

Sumber: Rahel Home Made 

Baca lagi: Resipi Kuih Ku Inti Kacang, Rasa Berlemak & Cantik Merah Berkilauan Serta Sedap!

Aisha Qistina

Recent Posts

Kek Marble Sukatan Cawan Yang Mudah, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan…

8 hours ago

Cara Potong & Simpan Ikan Masin Agar Tahan Lama, Boleh Tahan Sampai Setahun!

Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya…

8 hours ago

Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!

Nampak macam karipap, tapi inilah kuih Apam Puri yang disukai ramai sekarang. Lebih-lebih lagi, inti…

9 hours ago

Resipi Kerepek Gunting Versi Tak Pedas & Tak Keras, Senang Kunyah!

Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak…

9 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Telur, WAJIB Guna Krim Keju Ini Untuk Rasa Lagi Sedap!

Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang…

9 hours ago

Resepi Rempeyek Rangup Tanpa Acuan, Wanita Ini Kongsi Cara Tebar Guna Tepi Kuali

Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun…

11 hours ago