gulai kunyit telur

Ada yang pernah makan gulai kunyit telur ayam? Menu ini boleh dikatakan masakan yang paling cepat untuk disediakan.

Ia juga cukup lazat jika dimakan dengan nasi putih, ikan kering gelama, ayam goreng kunyit, ulam-ulaman dan juga budu.

Walaupun lauk ini cukup simple, tetapi ianya cukup menyelerakan. Boleh makan bertambah dibuatnya!

Jika ada yang tidak pernah merasainya, jom cuba masak menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Aftisa Fahmy di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Gulai Lemak Kuning Telur Itik, Ini Tips Mudah Nak Elak Telur Pecah Dalam Kuah

RESIPI GULAI KUNYIT TELUR AYAM

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1-2 inci kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 sb cili boh

Cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan sedikit air.
  3. Seterusnya masukkan pula santan dan didihkan sebentar.
  4. Masukkan serai dan asam keping.
  5. Masukkan garam, gula dam serbuk perasa secukupnya.
  6. Biarkan mendidih menggunakan api sederhana.
  7. Pecahkan telur satu persatu, waktu ini boleh perlahankan api. Kacau secara perlahan supaya telur tidak terburai.
  8. Akhir sekali boleh masukkan tomato dan cili hijau.
  9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Atfisa Fahmy

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Pisang, Menu Orang Dulu-Dulu Yang Sangat Menyelerakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN