daging masak merah

Setiap kali menjamu selera di kedai masakan Thai, wajib memesan menu daging masak merah ini bersama hidangan lain seperti tomyam dan telur dadar.

Rupanya boleh cuba buat sendiri di rumah kalau malas nak keluar. Ada tips untuk membuatkan daging menjadi lebih lembut!

Nak tahu macam mana caranya? Jom lihat resipi perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah. Rasanya juga sebiji macam makan di kedai Thai. Wajib cuba!

Resipi Daging Masak Merah

Bahan utama & cara lembutkan daging:

  • Ambil daging secukupnya, cuci bersih dan rebus hingga empuk bersama sos bawang atau boleh juga guna pewarna merah. (rebus 30-35 minit menggunakan api kecil) kalau air kering, tambah lagi.
  • Bila daging dah empuk, sejukkan dan hiris nipis-nipis.

daging masak merah

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang besar dihiris tebal
  • 4 sudu besar cili boh 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos merah bawang (jika tiada boleh guna beberapa titik pewarna merah)
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • Garam, gula, secukup rasa dan serbuk perasa jika perlu
  • Tambahan: apa-apa sayur kegemaran

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih masukkan daging yang sudah direbus tadi.

2. Bila hampir garing, masukkan bawang besar dan semua jenis sos dan bahan berbaki satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur.

3. Setelah mendidih, masukkan air tepung jagung, sayur dan air mengikut banyak kuah yang diingini kacau sebati. Siap!

daging masak merah

Selamat mencuba!

daging masak merah

Kredit: Aisyah Humaira

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN