daging berlado

Siapa yang pernah makan daging berlado ini pasti tahu nikmat kelazatannya apabila disuap ke mulut.

Jika ke kedai masakan Padang, Indonesia pasti wajib ambil menu ini. Rugi kalau tak cuba.

Sekarang dah tak perlu susah-susah cari kedai masakan Indonesia, boleh cuba buat sendiri saja menggunakan resipi perkongsian oleh Ilya Sazuani di bawah.

Baca juga: Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak ‘Satu Bahan’ Ini

CARA MASAK DAGING BERLADO ALA PADANG

Bahan-bahan:

  • Bawang kecil 6 biji*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • 3 biji cili besar merah*
  • Cili kecil merah*
  • Cili kecil hijau (sikit sahaja)*
  • Tomato*
  • Buah keras 2 biji*
  • Belacan*
  • Serai sebatang
  • Daun salam 2 helai (daun ni boleh tambah wangi masakan)
  • Gula
  • Garam
  • Kicap ABC

Cara-cara:

1. Hiris nipis daging. Perap dengan kicap ABC seketika. Bila dah siap perap, goreng manja jangan lama-lama. Angkat dan ketepikan.

2. Goreng bahan bertanda (*) sehingga layu. Kemudian tumbuk kasar.

3. Selepas itu, tumis sera, bahan tumbuk dan daun salam ke Dalam minyak yang sama sehingga sedikit kering.

4. Masukkan daging, masak sehingga semuanya sebati. Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba!

Kredit: Ilya Sazuani Redzuan Ahmad

Baca juga: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN