Brownies bakar memang tak asing lagi malah senang dijumpai. Tetapi, pernahkah anda cuba resipi brownies kukus? Tesktur pula adalah sangat fudgy dan mestilah sedap.
Resipi ini memang sesuai untuk mereka yang tiada oven dan hanya menggunakan pengukus sahaja. Senang kan?
Jom kita baca resipi brownies kukus yang dikongsikan 0leh Cik Puan Nisa Bakhtiar ini.
Baca juga: Kek Chiffon Oren Gebu, Resipi Terlajak Mudah Guna Sukatan Cawan
RESIPI BROWNIES KUKUS
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 6 biji telur
- 225 gram gula pasir
- 1 sudu teh sp/emulsifier
- 1 sudu kecil garam
Bahan B (Dikacau dan diayak):
- 125 gram tepung gandum
- 50 gram serbuk koko
- 1/2 sudu teh baking powder
Bahan C (Dilelehkan):
- 100 gram coklat
- 175 ml minyak sayur
Bahan Ganache Coklat:
- 100 gram coklat
- 4 sudu besar krim putar cair
- 3 sudu besar susu cair
Cara-cara:
1. Kisar telur, gula, sp/emulsifier, dan garam sehingga putih berjejak.
2. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, dan baking powder. Ayak bahan-bahan ini bersama-sama.
3. Lelehkan coklat bersama minyak sayur.
4. Setelah adunan telur kental berjejak, masukkan bahan kering yang telah diayak. Gaul searah hingga rata.
5. Tuang adunan cair (coklat dan minyak yang telah dilelehkan) dan aduk balik sehingga sebati. Pastikan tiada minyak yang mengendap di dasar bekas.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 20 cm yang telah dioles dengan mentega, tepung, dan dialas dengan baking paper.
7. Kukus selama 45 minit dan uji dengan tusuk gigi untuk memastikan kek telah masak.
8. Lelehkan coklat batang, krim putar cair, dan susu cair menggunakan teknik double boiler (panaskan di atas air mendidih sambil diaduk cepat).
9. Tuang ganache coklat di atas brownies yang telah masak.
10. Masukkan brownies yang telah disiram coklat ke dalam peti sejuk sebentar agar set.
11. Hiaskan brownies mengikut citarasa anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Nisa Bakhtiar
Baca juga: Kaya Ball Magic, Siap Tanpa Guna Blender & Mixer!