Resipi bingka susu kastard ini memang sempurna untuk seisi keluarga. Teksturnya lembut, rasanya lemak manis, dan mudah disediakan. Kalau anda ingin buat dalam kuantiti kecil, gunakan separuh adunan sahaja dan loyang bersaiz 6 inci.
Menu ini sangat sesuai sebagai hidangan pencuci mulut atau juadah petang bersama teh panas. Dah buat, jangan lupa kongsikan dengan jiran atau keluarga, pasti mereka sukakannya!
Ini resipi yang paling mudah untuk anda ikut. Jom baca!
Baca lagi: Udang Sambal Petai, Masukkan Bahan RAHSIA Ini Supaya Pekat Dan Ekstra Sedap
RESIPI BINGKA SUSU KASTARD
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 900ml air
- 100g tepung kastard
- 200g marjerin atau mentega
Bahan B:
- 500ml susu full cream
- 4 biji telur gred A
- 250g tepung gandum
- 300g susu pekat manis
- 30g gula pasir
- Secubit garam
- Sedikit esen vanila
Cara Penyediaan
1. Campurkan air dan tepung kastard dalam periuk. Kacau hingga sebati, kemudian masukkan marjerin atau mentega.
2. Masak campuran ini di atas api sederhana sehingga mendidih dan meletup-letup. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Matikan api.
3. Dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Anda juga boleh menggunakan blender untuk mendapatkan adunan yang lebih halus.
4. Tuangkan campuran Bahan B ke dalam periuk yang mengandungi Bahan A (yang telah dimasak). Gaul sehingga semuanya bercampur rata.
5. Sapu sedikit minyak masak ke dalam loyang bersaiz 9 inci bulat atau loyang 10×10 inci. Ratakan minyak ke seluruh permukaan loyang.
6. Panaskan loyang seketika dalam ketuhar, kemudian keluarkan.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 1 jam atau sehingga permukaan bingka kelihatan sedikit hangus.
8. Biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Rasanya lebih enak jika dimakan dalam keadaan sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Suhaida Mohd Sani
Baca lagi: Cara Goreng Ikan Lengat Yang Sedap Sampai Tulang, Tak Hanyir Langsung!