bendi goreng tumis belacan

Bendi goreng sentiasa menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi kalau dibuat bendi goreng tumis belacan bersama udang macam ni, memang mengiurkan!

Sedap dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja. Sekelip mata habis licin satu pinggan.

Kalau ada yang tak suka bendi berair, boleh ikut resipi ini dijamin bendi tidak akan berair lagi. Selamat mencuba!

Resipi Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang

Bahan-bahan:

  • Bendi (cara untuk bendi tidak berlendir, cuci dan toskan bendi. Kemudian barulah dipotong.)
  • Udang
  • Serbuk belacan 1 sudu besar
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil
  • Kunyit serbuk ½ sudu kecil
  • Minyak masak secukupnya
  • Bawang putih 4 ulas**
  • Bawang merah 1 biji**
  • Cili padi merah 4 biji**
  • Cili merah 1 biji**
  • Tomato 1 biji**

Cara masak:

1. Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda (**).

2. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan udang dan masakkan ia seketika.

bendi goreng tumis belacan

4. Masukkan serbuk belacan, serbuk perasa dan serbuk kunyit kemudian gaulkan.

5. Masukkan bendi, goreng dan gaulkan sehingga sebati.

bendi goreng tumis belacan

6. Angkat dan siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

bendi goreng tumis belacan

Kredit: Nurul Ateekah

Baca juga: Petua Buat Sayur Lemak Putih Yang Padu. Kena Tumbuk Bahan Ini, Jangan Kisar!