ayam masak sambal bali

Menu ayam tidak pernah menjemukan. Ayam goreng terutamanya sentissa menjadi kesukaan orang ramai. Tapi kadang-kadang bosan juga asyik makan hidangan tanpa berkuah. Ayam boleh dipelbagaikan menunya. Apa kata jom kita cuba ayam masak sambal bali ini pula.

Baca juga: 6 Petua Goreng Ayam Agar Masak Sempurna & Tak Berdarah

CARA BUAT AYAM MASAK SAMBAL BALI

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 5 helai limau purut
  • 3 sudu cili kisar
  • 3 sudu kicap manis
  • 3 sudu sos tiram
  •  3 sudu sos cili

Cara-cara memasak:

1. Gaulkan ayam dengan garam.

2. Kemudian goreng ayam sehingga masak. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

3. Guna minyak yang sama goreng ayam, tumis serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah, halia dan bawang putih.

5. Tuangkan sos dan kicap.

6. Masukkan daun limau purut.

7. Seterusnya masukkan cili kisar. Kacau sekejap sehingga cili pecah minyak.

8. Boleh masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.

9. Masukkan garam, gula dan secukup rasa. Gaul sebati.

ayam masak sambal bali

10. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

ayam masak sambal bali

Kredit: Siti Hawa Abdul Aziz

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN