Categories: Resipi

Resipi Ayam Kicap Berempah, Rasa Rempah Memikat Pasti Buat Selera Tergoda

Resipi ayam masak kicap berempah ini penuh dengan rasa rempah yang memikat. Kombinasi ayam goreng, kentang dan kuah kicap pekat menjadikannya pilihan yang sempurna untuk makan siang atau malam.

Hidangkan menu ini panas-panas bersama nasi putih. Kuahnya yang pekat dan penuh rasa rempah pasti menggoda selera anda.

Di dalam resipi ini juga turut kami sertakan tip tambahan yang akan membuatkan juadah ini dua kali ganda sedap.

Jom baca!

Baca lagi: Rahsia Kari Utara Sedap, Tak Perlu Letak Santan Tapi Gantikan Dengan Bahan INI

RESIPI AYAM KICAP BEREMPAH

Bahan-Bahan Utama:

  • Ayam – ½ ekor, dipotong kecil, digaul dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng.
  • Kentang – 2 biji, dihiris dan digoreng hingga keemasan.

Bahan Tumbuk:

  • 1 biji bawang merah.
  • 1 inci halia.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 biji buah keras.

Bahan Hiris:

  • 1 biji bawang merah.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 2 hiris halia.

Bahan Lain:

  • 1 batang serai – diketuk.
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih).
  • 2 pelepah daun kari.
  • 3 sudu besar cili kisar.
  • 1 sudu besar perencah sup.
  • 1 sudu besar serbuk kari daging.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • Kicap manis dan masin secukupnya (disyorkan guna kicap ABC).
  • Garam dan gula secukup rasa.

Bahan Hiasan:

  • Bawang besar – dihiris bulat.
  • Cili hijau dan merah – dihiris.
  • Daun bawang – dicincang.

Cara-Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan serai yang diketuk, rempah 4 sekawan, dan daun kari. Tumis sehingga harum.

2. Tambahkan bahan tumbuk ke dalam tumisan. Gaul rata dan masak sehingga bahan menjadi wangi dan keperangan.

3. Tambahkan cili kisar, perencah sup, dan serbuk kari daging ke dalam kuali. Tumis sehingga bahan pecah minyak. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air untuk memastikan bahan tidak hangus.

4. Masukkan sos tiram, kicap manis, dan kicap masin. Tambahkan satu sudu gula untuk seimbangkan rasa. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air mengikut keinginan.

5. Masukkan ayam goreng dan kentang goreng ke dalam kuali. Gaul rata sehingga semuanya bersalut dengan kuah.

6. Masukkan hirisan bawang besar, cili hijau, cili merah, dan daun bawang. Biarkan seketika sehingga semua bahan mesra dan cukup masak.

Tips Tambahan:

  • Jika ingin kuah lebih pekat, biarkan kuah mendidih lebih lama di atas api kecil.
  • Anda boleh menambahkan sedikit serbuk lada hitam untuk rasa rempah yang lebih kaya.
  • Hidangan ini juga boleh dipelbagaikan dengan menambah sayuran seperti lobak merah atau kacang panjang.

Sumber: Ida Zairi 

Baca lagi: Resipi Terung Bakar Santan Yang Mudah & Sedap, Aromanya Pasti Memikat!

Aisha Qistina

Recent Posts

Kek Marble Sukatan Cawan Yang Mudah, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan…

8 hours ago

Cara Potong & Simpan Ikan Masin Agar Tahan Lama, Boleh Tahan Sampai Setahun!

Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya…

8 hours ago

Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!

Nampak macam karipap, tapi inilah kuih Apam Puri yang disukai ramai sekarang. Lebih-lebih lagi, inti…

9 hours ago

Resipi Kerepek Gunting Versi Tak Pedas & Tak Keras, Senang Kunyah!

Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak…

9 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Telur, WAJIB Guna Krim Keju Ini Untuk Rasa Lagi Sedap!

Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang…

9 hours ago

Resepi Rempeyek Rangup Tanpa Acuan, Wanita Ini Kongsi Cara Tebar Guna Tepi Kuali

Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun…

11 hours ago