Telur pindang antara makanan tradisi orang-orang dulu khususnya masyarakat negeri Johor. Kalau korang nak tahu, telur pindang selalunya akan disediakan pada majlis tertentu atau khususnya pada kenduri kahwin. Selalunya diorang akan rebus sehingga 3 hari 3 malam. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Yayi Farha Kitchen di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

TELUR PINDANG MARBLE

Telur pindang antara makanan tradisi orang-orang dulu khususnya masyarakat negeri Johor. Kalau korang nak tahu, telur pindang selalunya akan disediakan pada majlis tertentu atau khususnya pada kenduri kahwin. Selalunya diorang akan rebus sehingga 3 hari 3 malam. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Yayi Farha Kitchen di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 8-10 butir telur

  • 3 sdb serbuk teh

  • 2 sdb serbuk ketumbar

  • 1 sdb cuka

  • 1 labu bawang putih

  • 1 labu bawang besar

  • 3 ketul halia

  • 1-2 batang serai

  • 4 lembar daun pandan

  • 3 tangkai cili padi

  • 2 inci kayu manis

  • 5 butir pelaga

  • 5 biji cengkih

  • 2 butir bunga lawang

  • 1 sdb jintan manis / putih

  • 1 sdb garam

  • 3 sdb kicap manis

  • 3 sdb kicap pekat

CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan semua bahan, jangan lupa telur tu cuci dahulu dan cuci bersih mana mana bahan rempah yang perlu di cuci.

  • Campurkan kesemuanya. Tambahkan air sampai menutupi paras telur. Rebus dengan api sederhana.

  • Bila dah 10 minit, matikan api. Angkat telur dan gelekkan supaya telur itu retak. Jika nak kupas semua pun boleh, tapi nanti tak dapat corak marble.

  • Kemudian rebus kembali dengan api sederhana. Bila air menyusut boleh tambahkan, pastikan air menutupi paras telur.

  • Setelah 2 jam dan air masih banyak, biarkan je sehingga air habis mengering. Angkat dan bersihkan, kemudian kupas dan bilas sehingga bersih.

  • Telur pindang marble sudah boleh di nikmati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.