Teringin nak buat Telur Bistik yang sedap dan rasa seperti di restoran? Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Iryani Zaki di Facebook. Resepi yang simple dan mudah. Kalau dah buat Telur Bistik ni rasanya tak perlu lauk lain pun. Dah cukup lengkap telur, ayam, sayur semua dalam tu. Hidangkan dengan nasi panas-panas pasti tambah banyak kali.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

MUDAH

RESEPI TELUR BISTIK

Teringin nak buat Telur Bistik yang sedap dan rasa seperti di restoran? Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Iryani Zaki di Facebook. Resepi yang simple dan mudah. Kalau dah buat Telur Bistik ni rasanya tak perlu lauk lain pun. Dah cukup lengkap telur, ayam, sayur semua dalam tu. Hidangkan dengan nasi panas-panas pasti tambah banyak kali.

BAHAN-BAHAN
  • Isi dada ayam dipotong halus

  • 3 ulas bawang putih dicincang

  • 1 labu bawang holland potong dadu

  • 1 batang lobak merah potong dadu atau boleh guna mixed veggie

  • Brokoli. Nak letak bunga kubis pun boleh

  • 3 tangkai cili padi 

  • Lada benggala

  • 3 sudu besar sos cili

  • 2 sudu besar tomato

  • 2 sudu besar sos tiram

  • Gula

  • Garam

Kredit: Iryani Zaki
CARA PENYEDIAAN
  • Isi dada ayam dicincang halus. Perasakan dengan garam.

  • Panaskan kuali dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga garing.

  • Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Biarkan seketika.

  • Masukkan ayam dan kacau sehingga masak.

  • Setelah itu masukkan sayur, kacau sekejap kemudian masukkan garam dan gula.

  • Bila dah masak letak dalam pinggan.

  • Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Pecahkan telur dan letak sedikit garam. Kacau sehingga berbuih.

  • Masukkan telur. Bila dah masak letakkan ayam tadi. Balut ayam dan angkat.

Kredit: Iryani Zaki
Kredit: Iryani Zaki

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN