Kalau korang dah bosan asyik makan tart nenas, tart Nutella dan tart telur kali ini jom kita tukar selera dengan membuat tart daging. Rasa tart daging hampir sama seperti pai daging, keduanya menggunakan kulit pastri. Mungkin korang jarang nampak orang menjual tart daging. Jadi kalau korang ingin tahu macam mana rasanya, boleh la cuba resepi yang dikongsikan oleh Aina Aiman di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

TAT DAGING

Kalau korang dah bosan asyik makan tart nenas, tart Nutella dan tart telur kali ini jom kita tukar selera dengan membuat tart daging. Rasa tart daging hampir sama seperti pai daging, keduanya menggunakan kulit pastri. Mungkin korang jarang nampak orang menjual tart daging. Jadi kalau korang ingin tahu macam mana rasanya, boleh la cuba resepi yang dikongsikan oleh Aina Aiman di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
BAHAN – BAHAN A
  • Kulit tart

  • Keju disagat

  • Bancuhan susu full cream dan 1 biji telur

  • Daun sup

  • Sos cili

BAHAN B (INTI)
  • Daging ayam cincang (dibersihkan)

  • Sayur campur

  • Hirisan bawang

  • Tomato dadu

  • Pes spaghetti

  • Serbuk lada hitam

  • Garam

  • Gula

  • Serbuk perasa

Kredit : Aina Aiman

CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan kulit tart.

  • Sediakan keju yang sudah disagat.

  • Panaskan kuali dan tumis bawang sehingga layu. Masukkan daging cincang dan kacau biar empuk.

  • Masukkan pes spaghetti kacau rata. Masuk tomato yang sudah didadu bersama sayur campur.

  • Masukkan serbuk perasa, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

  • Sediakan kulit tart tuang satu sudu teh bancuhan susu dan telur. Sudukan inti tersebut.

  • Panaskan oven, taburkan keju ke atas inti tadi, bakar dan sedia dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.