resepi sup siam

Setiap kali musim hujan melanda, pasti badan teringin makan hidangan berkuah secara panas-panas. Buat pengetahuan anda, terdapat resepi Sup Siam yang sedap dan wajib dicuba.

Resepi Sup Siam cukup popular di negeri-negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Jika suka makan makanan yang mempunyai rasa masam-masam berlemak, inilah hidangan paling tepat untuk anda.

Nak tahu cara membuatnya, anda boleh ikut resepi Sup Siam yang dikongsikan oleh Liza Idris di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Gulai Siam, Kuah Mengancam Sampai Hirup Banyak Kali Dibuatnya

RESEPI SUP SIAM

resepi sup siam

Bahan-bahan menumis:

  • ½ biji bawang holland (dihiris)
  • 4 biji bawang putih (diketuk)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 2 inci lengkuas (diketuk)
  • 4 helai daun limau purut
  • Akar ketumbar
  • 1 paket sup tulang bunjut

Bahan-bahan akhir masakan:

  • ½ biji bawang holland
  • 2 batang saderi
  • 2 biji tomato
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • Daun ketumbar
  • 3 biji limau kasturi
  • ½kg tulang rusuk lembu

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus tulang dan daging sampai lembut. Lebih baik guna periuk tekanan supaya daging cepat empuk.

2. Kemudian, panaskan minyak, masuk semua bahan menumis dan tumis sampai kekuningan.

3. Apabila daging sudah empuk, masuk saja bahan tumis dalam periuk daging, termasuklah sup bunjut.

resepi sup siam

4. Seterusnya, perah 3 biji buah limau kasturi, boleh juga ganti dengan lemon. Jika ada sos ikan, masuklah 2 sudu. Jika tiada, tak mengapa.

5. Selepas itu, masuk semua bahan akhir masakan. Cili api boleh letak banyak jika nak pedas terangkat, kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.

6. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Jika tak suka ketumbar, gantikan dengan daun sup dan daun bawang. Siap untuk dihidang!

Sebagai tambahan dalam resepi Sup Siam ini, anda boleh taburkan bawang goreng dan makan bersama sambal hitam yang padu. Apabila hirup kuahnya, serius nikmat tak terhingga.

Selamat mencuba!

Sumber: Liza Idris

Baca juga: Resepi Sup Tauhu Telur Semudah ABC, Makin Berselera Hirup Kuahnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN