Peminat makanan Thailand mesti kecur air liur tengok resepi Sotong Stim Limau ini, tambah pula tak boleh pergi Thailand nak makan. Percayalah buat yang tak makan sotong pun kalau korang ikut resepi ini mesti automatik akan suka dengan sotong. Resepi ini sangat mudah dan sedak do’oh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cikatennazlan di Facebook.
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Mudah
FAKTA MASAKAN
30 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
SOTONG STIM LIMAU
Peminat makanan Thailand mesti kecur air liur tengok resepi Sotong Stim Limau ini, tambah pula tak boleh pergi Thailand nak makan. Percayalah buat yang tak makan sotong pun kalau korang ikut resepi ini mesti automatik akan suka dengan sotong. Resepi ini sangat mudah dan sedak do’oh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cikatennazlan di Facebook.
BAHAN-BAHAN SOS
5 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
3 tangkai akar daun ketumbar (cuci bersih)
1 sudu besar gula
3 biji limau nipis (jus sahaja)
1/2 biji limau nipis (dipotong dadu)
3 tangkai daun ketumbar dihiris halus
Kredit : Cikatenazlan
BAHAN – BAHAN SOTONG STIM
6 ekor sotong (saiz sederhana besar)
2 batang serai
1 inci halia
10 helai daun limau purut
CARA PENYEDIAAN
Stimkan sotong dengan bahan ‘sotong stim’.
Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur.
Campurkan dengan kesemua bahan yang lain.
Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim dan siap boleh dimakan.
TIPS
Kalau nak lebih pedas tambahkan sahaja cili padi.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.