Jom cuba resepi sosej jumbo homemade ini di rumah. Buat sendiri lebih terjamin dari segi kebersihan serta bebas bahan pengawet yang berbahaya. Nak bagi anak makan hari-hari pun tak perlu risau dah.
Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Puan Tsu Feh Sufiah di bawah. Buat banyak terus untuk stok frozen, boleh goreng pada bila-bila masa.
RESEPI SOSEJ JUMBO HOMEMADE
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3 atau 4 keping dada ayam dalam 200gm setiap satu
- 2 biji telur
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 4 sudu tepung ubi
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah
- Sedikit serbuk oregano
- Sayur pilihan anda
- Sedikit lada hitam (jika suka)
- Daun ketumbar (jika suka)
- Serbuk cili (jika suka)
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam food processor. Kisar sehingga hancur.
2. Kaup semua bahan yang sudah dikisar ke dalam piping bag. Paipkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia.
3. Ikat plastik dengan kemas dan bekukan sehingga keras.
4. Apabila sudah keras, buang plastik dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit.
5. Selepas kukus, masak pula dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 170°C atau mengikut tahap kegaringan yang disukai. Selamat mencuba!
Kredit resipi: Tsu Feh Sufiah
Baca juga: Resipi Sosej Masak Sos Kegemaran Anak-Anak, Campak-Campak Siap!