sambal tempoyak

Sambal tempoyak daun kayu ini tidak asing lagi dalam kalangan orang Negeri Sembilan. Siapa yang pernah menikmatinya pasti tahu betapa lazat sambal tempoyak ini.

Bukan itu saja, sambal ini juga sangat harum bau kerana ada diletakkan aneka herba yang dihiris halus. Tambah pula dengan rasa tempoyak, memang memukau selera!

Kalau ada yang mahu ketahui resipi original dari Negeri Sembilan, Puan Nazuhaina Azu ada kongsikan caranya untuk rujukan anda semua. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Masak Tempoyak Ikan Patin ‘Original’ Dari Pahang, Guna 4 Bahan Je

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU NEGERI SEMBILAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ikat pucuk ubi*
  • 5 helai daun kunyit*
  • 20 helai daun kaduk*
  • 10helai daun mangun*
  • 5 batang serai*
  • Petai (ambil isi saja)
  • Ikan bilis
  • 1 kilogram tempoyak mentah
  • 1 kilogram santan pekat (4 biji kelapa)
  • Garam

Bahan kisar:

  • 1/2 cawan cili api
  • 2 inci kunyit hidup

Cara penyediaan:

1. Hiris halus bahan bertanda (*).

2. Kisar cili padi dan kunyit hidup. Masukkan terus ke dalam kuali.

3. Masuk santan dan tempoyak.

sambal tempoyak

4. Bila dah mendidih, masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi.

5. Seterusnya, masukkan ikan bilis dan petai. Masak sampai pekat.

6. Perasakan dengan garam. Siap!

sambal tempoyak

Kredit resipi dan gambar: Nazuhaina Azu

Baca juga: Resipi Sambal Tempoyak Udang Petai, Memang ‘Confirm’ Bertambah Nasi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN