Kalau korang nak tahu, sardin dalam tin memang sedap lebih-lebih lagi kalau kita pandai variasikan hidangan ini. Hari ini kita kongsikan resepi sardin tumis kantan bukan sahaja boleh dimakan bersama nasi, tetapi boleh juga dimakan bersama roti. Guna 1 tin besar sardin pun sudah cukup untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nurul Kefftya di Cookpad!
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
30 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN

SARDIN TUMIS KANTAN
Kalau korang nak tahu, sardin dalam tin memang sedap lebih-lebih lagi kalau kita pandai variasikan hidangan ini. Hari ini kita kongsikan resepi sardin tumis kantan bukan sahaja boleh dimakan bersama nasi, tetapi boleh juga dimakan bersama roti. Guna 1 tin besar sardin pun sudah cukup untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nurul Kefftya di Cookpad!
BAHAN-BAHAN
1 tin sardin
1 biji bawang merah besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
1 biji cili besar merah dihiris
1 biji cili hijau besar dihiris
5 biji cili merah kecil diketuk
1 biji bunga kantan diracik halus
Garam dan gula
Asam keping
Air secukupnya nak kuah pekat atau cair terpulang pada anda
CARA PENYEDIAAN
Tumis bahan yang sudah dipotong bersama cili merah kecil yang diketuk sehingga naik bau.
Masukkan sardin.
Masukkan air.
Biarkan masak sebati dalam 10 minit.
Masukkan bunga kantan dan asam keping.
Perasakan dan siap dihidang bersama nasi dan telur dadar.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.