Seorang wanita di laman sosial Twitter berkongsikan resepi sambal nasi lemak turun temurun milik keluarganya. Menurut Nurul Shima, resipi ini boleh bertahan selama beberapa hari jika disimpan pada suhu bilik.
Jika ada yang mahu mencuba, ikut saja cara-cara memasak di bawah. Sekali sekala mencuba resipi sambal nasi lemak versi yang lain tidak ada salahnya kan?
Baca juga: [VIDEO] Cara Bungkus Nasi Lemak Daun Pisang, Mudah Dan Kemas
CARA BUAT SAMBAL NASI LEMAK
Bahan-bahan:
- 3 sudu bawang merah kisar
- 3 sudu besar ikan bilis kisar
- 7 sudu besar cili kering kisar
- 3 sudu besar gula melaka yang dihancurkan
- 5 sudu kecil garam
- 7 sudu besar air asam jawa
- 2 sudu besar gula putih
- 2 helai daun pandan
Cara memasak:
1. Tumis 3 sudu bawang merah kisar sehingga naik bau wangi.
2. Masukkan 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikisar. Kacau bagi sebati, jangan hangit.
3. Kemudian, masukkan 7 sudu besar cili kering kisar. Kalau suka pedas, lebihkan lagi cili kisar.
4. Seterusnya, masukkan 3 sudu besar gula melaka yang sudah dihancurkan. Kacau sebati dan biarkan ia masak. Api jangan besar dan jangan kecik, sedang-sedang saja.
5. Apabila sambal sudah menjadi merah dan berkilat, masukkan 5 sudu kecil garam dan 7 sudu besar air asam jawa. Kacau dan biar ia mereneh.
6. Apabila sambal sudah mula pekat, masukkan 2 sudu besar gula putih dan 2 helai daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak lagi.
7. Setelah 20minit ia masak, dah boleh tutup api dan hidangkan.
8. Sambal nasi lemak cara ini boleh tahan untuk beberapa hari pada suhu bilik. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nurul Shima
Baca juga: Cara Buat Nasi Lemak Guna Beras Basmathi, Nasi Cantik Berderai & Tahan Lama