Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa nama salad buah ini dinamakan sebagai Red Queen Fruit Salad. Ini disebabkan buah-buahan yang digunakan dalam salad ini semuanya berwarna merah. Salad buah ini bukan sahaja nampak menarik dan sedap, tetapi ianya penuh dengan vitamin, khasiat dan juga antioksidan. Lagi-lagi sekarang tengah musim panas berdenting kan, lagi sedap bila dapat pekena salad buah. Lagi ‘ngam’ bila dimakan sejuk-sejuk. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rozita Jaafar Sekdek di Cookpad!
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Mudah
FAKTA MASAKAN
15 min
PENYEDIAAN
3 orang
HIDANGAN

RED QUEEN FRUIT SALAD
Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa nama salad buah ini dinamakan sebagai Red Queen Fruit Salad. Ini disebabkan buah-buahan yang digunakan dalam salad ini semuanya berwarna merah. Salad buah ini bukan sahaja nampak menarik dan sedap, tetapi ianya penuh dengan vitamin, khasiat dan juga antioksidan. Lagi-lagi sekarang tengah musim panas berdenting kan, lagi sedap bila dapat pekena salad buah. Lagi ‘ngam’ bila dimakan sejuk-sejuk. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rozita Jaafar Sekdek di Cookpad!
BAHAN-BAHAN
Setengah biji buah delima
10 biji ceri bing segar
Setengah biji buah naga merah
Sebiji epal merah
3 sudu besar berbukit (heaped spoonful) Greek yogurt
Setengah biji lemon
Kredit: Rozita Jaafar Sekdek
CARA PENYEDIAAN
Basuh dahulu ceri dan epal sehingga bersih. Kupas kulit buah naga, buang tangkai dan biji buah ceri, buang biji buah epal dan kopek keluar biji buah delima (ni tak payah potong), potong kecil-kecil epal dan buah naga mengikut saiz dan bentuk yang anda suka.
Masukkan kesemua buah yang dipotong tadi ke dalam mangkuk besar. Pastikan mangkuk tersebut cukup besar supaya senang untuk menggaul buah tersebut. Tambah perahanan jus lemon dan greek yogurt. Gaul rata sehingga sebati yogurt dengan buah-buahan tadi.
Siap dan boleh dimakan.
TIPS
Masukkan di dalam peti ais. Lebih sedap dimakan sejuk-sejuk.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.