Kalau pagi-pagi dah rasa bosan sarapan dengan kuih biasa seperti karipap, donut atau popiah. Korang boleh cuba guna roti paratha pula untuk membuat roti sosej. Roti paratha ini rasa dia sama sahaja seperti roti canai. Jadi, pasti semua orang akan makan.

Menu kali ini sesuai untuk sesiapa yang tidak mempunyai banyak masa di dapur, kerana roti paratha gulung ini sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang banyak, hanya masuk ke dalam air fryer dan siap untuk dinikmati. Jom cuba resepi roti paratha gulung air fryer ini.

Bahan-bahan

  • 1 keping roti paratha
  • Cheese slice
  • Sosej
  • Kuning telur

CARA PENYEDIAAN

  1. Potong sekeping roti paratha dan juga cheese slice kepada 8 bahagian.

2. Susun sosej tersebut dan gulungkannya.

3. Sapu kuning telur pada roti paratha dan masukkan ke dalam air fryer selama 5 minit suhu 180C. Siap dan boleh         dinikmati.

Sumber: Nor Qamarina

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN