PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-18 02:43:50
Anak-anak tak nak makan nasi hari ni? Jangan risau! Apa kata kita buat roti jala yang simple dan cepat. Roti jala adalah menu kegemaran rakyat Malaysia kerana cara pembuatannya yang mudah dan menjimatkan. Selain itu. roti jala juga boleh dimakan dengan begitu saja atau dicicah dengan kari atau sambal. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Jadi jom kita cuba resepi roti jala yang dikongsikan oleh Nora Syikin Azmi di kumpulan Ibu Masak Apa Tu di Facebook.
Bahan-bahan:
- 1kg tepung gandum
- 1 sudu besar tepung ubi (fungsi tepung ubi untuk jalannya tidak mudah putus)
- 2 biji telur
- ½ tin susu cair
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar garam
- Pewarna kuning
- Air secukupnya (adunan jangan cair atau pekat sangat)
Kredit: Nora Syikin Azmi
Cara-cara:
1. Satukan semua dalam bekas.
2. Kacau sampai sebati. Kemudian kisar.
3. Tuang dalam acuan roti jala (guna botol) dan biarkan adunan dalamm 10 minit baru mula menjala.
Kredit: Nora Syikin Azmi
Kredit: Nora Syikin Azmi
Selamat Mencuba
Kredit: Nora Syikin Azmi