resepi puding sagu pelangi

Pantang nampak pencuci mulut yang sedap dan berwarna-warni, mesti nak cuba buat. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Puding Sagu Pelangi yang sangat cantik hasilnya.

Puding Sagu Pelangi ialah puding manis berwarna yang dibuat dengan mendidihkan sagu dengan air atau susu dan menambah gula atau kadangkala perasa tambahan.

Resepi Puding Sagu Pelangi yang dikongsikan oleh Mas Cotek di Facebook telah menarik perhatian ramai untuk membuatnya di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi Puding Kek Batik Versi Jimat, Sumpah Sedap Dan Berbaloi

RESEPI PUDING SAGU PELANGI

resepi puding sagu pelangi

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, rendam sagu selama 2 jam.

2. Rebus sagu sehingga jernih, kemudian tapis dan basuh sagu di bawah air paip.

3. Bahagi sagu kepada enam  bahagian, iaitu 3 bahagian diwarnakan dan 3 bahagian lagi dibiarkan warna asal.

4. Seterusnya, masak 1 liter air, gula, serbuk agar-agar dan daun pandan sehingga mendidih.

5. Masukkan susu cair dan masak seketika, kemudian tutup api.

6. Ambil 2ooml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam sagu tanpa warna, kemudian tuang ke dalam acuan.

7. Setelah itu, sejukkan atau kelar-kelar dengan garfu.

8. Ambil lagi 200ml dan masukkan ke dalam sagu berwarna, kemudian tuang atas agar-agar yang dikelar-kelar tadi.

9. Ulang lagi dengan sagu tanpa warna pula, selang-seli sehingga semua sagu habis digunakan.

10. Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam, kemudian boleh potong. Siap untuk dinikmati!

resepi puding sagu pelangi

Bukan saja rupanya cantik, malah rasanya pun sedap. Jadi, tak rugilah anda cuba resepi Puding Sagu Pelangi ini nanti.

Selain dijadikan sebagai pencuci mulut yang menarik ketika jamuan, anda juga boleh menikmatinya di rumah pada bila-bila masa bersama keluarga tersayang.

Selamat mencuba!

Sumber: Mas Cotek

Baca juga: Puding Roti Kastard Leleh Dan Cair Di Mulut, Rasa Sekali Mesti Nak Lagi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN