puding pandan

Kanom piak poon atau resepi puding pandan ini merupakan salah satu pencuci mulut dari negara Thailand yang terkenal dan digemari ramai.

Menurut perkongsian oleh Shahmila Radha, dia mempelajari resipi ini daripada pembantu rumahnya yang berasal dari Thailand.

Pencuci mulut ini sangat sedap dan mudah untuk dibuat. Rasa lemak manis kuah santan dan puding yang lembut, sangat cair dalam mulut!

Sebelum dimakan, simpan dalam peti sejuk selama satu jam. Sedap makan sejuk-sejuk, selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Puding Kek Batik Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI PUDING PANDAN

puding pandan

Bahan puding:

  • 2 sudu kapur masakan (campur dengan 1gelas besar air. Ketepikan) (ambil 1 1/2cawan air kapur yang jernih sahaja)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/3cawan tepung pulut
  • 1/3 cawan tepung ubi kayu
  • 1/3 cawan gula perang
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • 1 sudu paste pandan

Cara buat puding:

  1. Tapis tepung, satukan semua bahan di atas dan kacau bagi tak berketul. Buka api paling kecil, kacau sampai puding itu sampai jernih.
  2. Bahagian ini agak susah, pastikan kacau macam kacau dodol. Tak boleh tinggal walaupun sekejap. Paling cepat boleh siap dalam setengah jam.
  3. Pastikan puding betul-betul jernih, kerana ini tanda ia masak.
  4. Bila dah masak, ketepikan supaya ia suam.
  5. Bila dah suam, senduk masukkan ke dalam mangkuk puding.
  6. Selepas itu, letak dalam peti sejuk.

Bahan kuah santan:

  • Santan kotak saiz kecil 2 kotak
  • Tepung jangung 1 sudu kecil (bancuh dengan 1cawan air )
  • Gula pasir putih 1 sudu besar
  • Garam 1/2 sudu teh

Cara buat kuah santan:

  1. Panaskan santan, kemudian masukkan air tepung jagung, gula dan garam.
  2. Bila dah likat, tutup api dan sejukkan dalam peti sejuk.

Bahan lain:

  • Kelapa parut (gaul dengan garam sedikit sahaja supaya rasa lemak)
  • Biji bijan

Cara menghidang:

Bila nak hidang, tuang kuah santan, letak satu sudu kelapa parut tadi dan tabur biji bijan.

Kalau nak cantik, puding perlu kurangkan air sikit. Bila dah suam, boleh letak dalam piping bag dan piping atas talam.

Tapi dia akan sedikit keras dan tak cair dalam mulut. Jika lebih suka yang lembut, boleh lebihkan air tapi susah dibentuk dan rupanya tak cantik.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Shahmila Radha

Baca juga: Resipi Puding Trifle Versi Mini, Kecil Comel Je Senang Nak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN