resepi prosperity burger

Resepi prosperity burger ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada di dapur.

Walaupun rasanya tidak sebiji sama seperti kita makan di kedai,  ia tetap berbaloi dicuba kerana boleh dimasak mengikut cita rasa lidah masing-masing.

Jika suka pedas, boleh lebihkan kuantiti serbuk black pepper. Jika sebaliknya, boleh kurangkan jumlah serbuk black pepper tersebut.

Kalau ada yang ingin mencubanya di rumah, mari ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Najwa Abd Razak di bawah.

Baca juga: Peniaga Ini Dedah Rahsia Buat Burger, Patutlah Burger Tepi Jalan Sedap Lain Macam!

RESEPI PROSPERITY BURGER HOMEMADE

resepi prosperity burger

RESIPI PATTY DAGING

Bahan-bahan:

  • Daging atau ayam kisar
  • Bawang merah dan putih cincang (optional)
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Tepung gandum
  • Serbuk roti putih
  • Stok ayam
  • Garam
  • Telur

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Kuantiti bahan ikut berapa kuantiti daging kisar yang digunakan.
  2. Bentukkan patty segi empat memanjang.
  3. Masak dalam kuali dengan sedikit minyak masak.

RESIPI SOS BLACK PEPPER

Bahan-bahan:

  • 2sudu besar butter
  • ½ biji bawang holland
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil stok ayam
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu lada hitam (tumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • Garam
  • Aji @ gula
  • Air

Cara-cara:

  1. Panaskan butter dan tumiskan bawang holland.
  2. Masukkan tepung gandum.
  3. Masukkan stok ayam, lada hitam, kicap pekat dan air.
  4. Tambah garam, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  5. Kisar untuk dapat sos tekstur yang halus dan masak semula atas api sehingga pekat.

Kredit resipi dan gambar: Najwa Abd Razak

Baca juga: Cara Buat Mini Burger Guna Nugget Yang Kecil Comel, Modal RM50 Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN