Mesti ramai di antara anda di luar sana kurang gemar makan peria. Kalau korang makan di kedai mamak, mereka biasanya akan menjual peria yang digoreng garing. Kalau dimakan bersama nasi nikmatnya tak memang terkata. Jom cuba resepi Peria goreng telur masin (salted egg) yang dikongsikan oleh mommyLyen di Cookpad sudah pasti sekali anda makan boleh ketagih dan tak boleh berhenti mengunyah.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

20 min
PENYEDIAAN

2-3 orang
HIDANGAN

PERIA GORENG TELUR MASIN (SALTED EGG)

Mesti ramai di antara anda di luar sana kurang gemar makan peria. Kalau korang makan di kedai mamak, mereka biasanya akan menjual peria yang digoreng garing. Kalau dimakan bersama nasi nikmatnya tak memang terkata. Jom cuba resepi Peria goreng telur masin (salted egg) yang dikongsikan oleh mommyLyen di Cookpad sudah pasti sekali anda makan boleh ketagih dan tak boleh berhenti mengunyah.

BAHAN-BAHAN
  • Peria (dihiris nipis)

  • 4-5 biji kuning telur masin (yang telah dihancurkan)

  • 50 gram mentega

  • 3 tangkak cili padi

  • 2 tangkai daun kari

  • 5 ulas bawang putih (dicincang)

  • 1 biji telur

  • Tepung jagung

Kredit: mommyLyen

CARA PENYEDIAAN
  • Rendam peria bersama air garam untuk hilangkan pahit selama 15 -30 minit.

  • Kemudian basuh dan toskan. Lap kan peria dengan tisu dapur sehingga kering.

  • Pukul telur dan masukkan peria. Salut peria bersama tepung jagung. Masukkan sedikit demi sedikit untuk mengelak peria dari melekat. Goreng peria sehingga kekuningan sedikit. Elakkan dari terlalu garing.

  • Setelah selesai menggoreng peria. Di dalam kuali yang berlainan, cairkan butter dan apabila sudah cair tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari. Kacau sehingga naik bau.

  • Kemudian, masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan. Kacau sedikit sehingga kuningnya sebati bersama mentega. Setelah itu, perasakan bersama sedikit garam, serbuk perasa dan gula. Lebihkan sedikit gula. Sesuaikan rasa.

  • Akhir sekali masukkan peria yang telah digorengkan. Kacau sebati dan jangan terlalu lama. Hanya kacau sebati bersama telur masin tersebut.

  • Akhir sekali masukkan peria yang telah digorengkan. Kacau sebati dan jangan terlalu lama. Hanya kacau sebati bersama telur masin tersebut.

  • Boleh dihidang bersama nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.