resepi paratha

Buat penggemar roti paratha seperti di kedai makanan segera, anda wajib cuba buat di rumah menggunakan resepi paratha oleh Nur Fakhira Mohd Rosli ini.

Kalau buat sendiri, dijamin lebih puas hati dan menjimatkan. Selain itu, anda juga boleh meletakkan inti mengikut cita rasa dan selera sendiri.

Apa yang paling penting, rasanya sama seperti beli di kedai tersebut. Caranya cukup mudah, ikut saja resipi lengkap seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: Hanya Guna Kulit Paratha Segera, Mudahnya Nak Buat Portuguese Egg Tart!

RESEPI PARATHA ALA HOT & ROLL

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti paratha (empunya resipi guna jenama Kawan. Lebih nipis, sedap dan rapuh)
  • Sosej cocktail (hiris nipis)
  • 1/2 biji bawang holland (cincang halus)
  • Cheese slice
  • Mayonis
  • Serbuk cili (optional)
  • Blackpepper (optional)

Langkah-langkah penyediaannya:

  1. Panaskan pan. Letak sekeping paratha dan buka api kecil. Terbalik-balikkan agar garing sekata.
  2. Susun sosej, cheese slice dan tabur rata bawang holland. Tutup pan dan biar selama 5 minit.
  3. Pastikan guna api yang betul-betul kecil. Biarkan masak sehingga permukaan bawah menjadi garing.
  4. Tabur rata serbuk cili dan blackpepper jika suka. Kemudian, drizzle mayonis.
  5. Lipat kepada 2, kemudian lipat 2 lagi.
  6. Sedia untuk menjamu selera. Sedap makan panas-panas. Selamat mencuba!

resepi paratha

Kredit resipi dan gambar: Nur Fakhira Mohd Rosli

Baca juga: Resipi Roti Canai Ini Lagi Lembut Lagi Kedai Mamak, Teramat Senang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN