resepi panna cotta

Resepi panna cotta memang antara pencuci mulut yang popular dan mudah dibuat. Di Malaysia, ia biasanya dihidangkan di hotel atau restoran makanan Barat. Tapi, jangan risau! Anda tak perlu berbelanja besar di restoran mewah kerana panna cotta sebenarnya mudah je dibuat di rumah.

Nama “panna cotta” pun bermaksud “krim yang dimasak”. Teksturnya yang lembut dan rasanya yang menyerupai kek keju, karamel, atau puding menjadikannya pencuci mulut yang menyegarkan, terutama ketika dinikmati sejuk.

Jom kita lihat resepi yang dikongsikan oleh Puan Hidayah Yaya untuk membuat panna cotta ini sendiri di rumah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Kek Pelangi Legend Yang Gebu & Wangi, Seronok Tengok Belang Tersusun Cantik!

RESEPI PANNA COTTA STRAWBERRY

resepi panna cotta

Bahan-bahan Panna Cotta:

  • 15g gelatin dicampur dengan 6 sudu besar air sejuk (gunakan mangkuk asing)
  • 375g susu full cream
  • 375g dairy whipping cream
  • 110g gula
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

  1. Masukkan susu full cream, gula, dan dairy whipping cream ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana selama 5 minit.
  3. Masukkan esen vanilla dan gelatin yang telah direndam.
  4. Masak sehingga periuk mengeluarkan asap sahaja. Tutup api. JANGAN masak hingga mendidih. Jika tidak, tekstur akan jadi tidak cantik dan keras.
  5. Tuang ke dalam bekas pilihan. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum letak topping pilihan.
  6. Penting untuk menggunakan esen vanilla yang berkualiti. Jika vanilla tidak sedap, seluruh resepi akan terjejas. Kunci kejayaannya terletak pada vanilla yang baik.

Bahan-bahan Strawberry Compote:

  • 20 biji strawberry
  • 30g gula kastor
  • 1/4 cawan air masak
  • 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 1 sudu besar air
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara:

  1. Potong strawberry kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air dan gula. Masak dengan api perlahan hingga strawberry hancur.
  2. Akhir sekali, masukkan air bancuhan tepung jagung dan esen vanilla. Siap!
  3. Tuang ke atas panna cotta yang telah sejuk. Sejukkan lagi selama 4 jam.

Panna cotta sedap dimakan sejuk. Memang nikmat sangat. Pastikan gunakan vanilla yang benar-benar berkualiti!

Kredit: Hidayah Yaya

Baca juga: Resipi Kek Keju Simple, Guna 4 Bahan Murah Tapi Rasa ‘Mahal’!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN