Kalau korang nak makan pai ala-ala MCD tapi nak yang versi sihat, korang boleh cuba buat pai pisang yang hanya menggunakan roti dan yang penting tidak menggunakan minyak ya. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Mrs Ridhuan di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

PAI PISANG

Kalau korang nak makan pai ala-ala MCD tapi nak yang versi sihat, korang boleh cuba buat pai pisang yang hanya menggunakan roti dan yang penting tidak menggunakan minyak ya. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Mrs Ridhuan di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 2 biji pisang

  • 2 sdb mentega

  • 1/2 sdk gula perang

  • 1/2 sdk serbuk kayu manis

BAHAN B (SAPUAN ROTI)
  • 1 biji telur

  • 1 sdb susu

Kredit: MrsRidhuan

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kuali, cairkan mentega dan gula. Masukkan pisang, gaul dan lenyekkan sedikit. Kemudian masukkan serbuk kayu manis dan gaul sebati.

  • Sediakan untuk sapuan pada roti. Potong bahagian tepi roti dan lenyekkan roti. Separuh bahagian roti kelarkan dan separuh lagi letak pisang. Kemudian sapu bahagian tepi roti untuk melekatkan roti. Lipat roti dan tekan tepi roti menggunakan garfu. Sapukan dengan telur pada permukaan roti.

  • Bakar roti selama 160C selama 14 minit atau untuk garing bakar selama 160C selama 18-20minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.