Sekiranya anda dah buntu tak tahu nak masak apa tapi dekat rumah ada banyak lebihan carrot dalam peti ais, apa kata korang cuba resepi nasi carrot ni. Cara penyediannya sangatlah mudah dan sesuai sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa di dapur. Nasi carrot ini boleh dimakan bersama ayam masak hitam, ayam masak merah atau pun ayam masak kurma. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh mamy_kitchen89 di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

30 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

NASI CARROT

Sekiranya anda dah buntu tak tahu nak masak apa tapi dekat rumah ada banyak lebihan carrot dalam peti ais, apa kata korang cuba resepi nasi carrot ni. Cara penyediannya sangatlah mudah dan sesuai sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa di dapur. Nasi carrot ini boleh dimakan bersama ayam masak hitam, ayam masak merah atau pun ayam masak kurma. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh mamy_kitchen89 di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 batang lobak merah diracik halus

  • 2 cawan beras basmathi

  • 2 sudu besar majerin atau mentega

  • 1 biji bawang merah dimayang

  • 2 biji bawang putih dihiris nipis

  • 1 kiub pati ayam

  • sedikit garam

  • 1/2 tin susu cair

  • 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga)
  • Air secukupnya (seperti masak nasi biasa)

Kredit : mamy_kitchen89

CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan bahan-bahan. Hiris nipis bawang dan racik halus lobak merah.

  • Tumiskan bawang dan 4 sekawan sehingga naik bau.

  • Masukkan susu cair, air beras, lobak merah, kiub ayam, garam dan air secukupnya.

  • Masak nasi seperti biasa, apabila dah masak gemburkan sedikit nasi supaya tidak terlalu lembik.

  • Siap untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.