Categories: Resipi

Resepi Muffin Coklat Chip Sukatan Cawan, Gebu Montok Kejadiannya!

Sesiapa yang suka buat muffin di rumah pasti tak sabar nak cuba resepi Muffin Coklat Chip yang lebih mudah dibuat dengan menggunakan sukatan cawan.

Muffin mempunyai permukaan atas yang biasanya sedikit membukit dan merekah, berbeza dengan cupcake yang mempunyai permukaan rata untuk diletakkan icing di atasnya.

Perkongsian resepi Muffin Coklat Chip oleh Kak Long Azzu Riana di Facebook begitu menarik dengan hasilnya yang gebu sampai tengok pun boleh terliur. Jom kita cuba!

Baca juga: Muffin Coklat Olimpik, Meriah Dengan Rasa Coklat Yang Berganda Sedapnya!

RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP SUKATAN CAWAN

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ¼ cawan coco powder

Bahan B:

  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu sejat atau susu full cream
  • 1/3 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak saja )
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • ¾ cawan coklat chip

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan semua bahan A tadi dalam satu bekas dan gaul sampai sebati smuanya.

2. Dalam bekas yang lain, pukul telur dengan menggunakan whisk, tapi pukul-pukul manja saja.

3. Selepas itu, masukkan susu cair, esen vanilla, minyak dan sebatikan semua adunan, kemudian masukkan coklat chip dan gaul-gaul sebentar.

4. Seterusnya, masukkan bahan-bahan A tadi yang telah disebatikan ke dalam adunan bahan B dan gaul sehingga sebati.

5. Tuang adunan ke dalam cawan cupcake bersaiz L dan bakar pada suhu 160ºC selama 20 hingga 25 minit dengan menggunakan api atas bawah. Jika guna cawan cupcake bersaiz M, bakar dalam 15 minit saja.

*Tips: jangan kacau adunan lama sangat, cukup sekadar bagi sebati saja. Jika tak, muffin akan jadi keras dan kering nanti.

Setelah mengikuti resepi Muffin Coklat Chip ini, anda akan dapat hasil gebu dan moist yang sungguh memuaskan. Silap-silap, makan pun tak sempat nak toleh kiri kanan.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Long Azzu Riana

Baca juga: Muffin Pandan, Nak Bentuk Cantik Dan Nampak Gebu Ada Caranya

Aimi

Recent Posts

Kek Marble Sukatan Cawan Yang Mudah, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan…

4 hours ago

Cara Potong & Simpan Ikan Masin Agar Tahan Lama, Boleh Tahan Sampai Setahun!

Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya…

5 hours ago

Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!

Nampak macam karipap, tapi inilah kuih Apam Puri yang disukai ramai sekarang. Lebih-lebih lagi, inti…

5 hours ago

Resipi Kerepek Gunting Versi Tak Pedas & Tak Keras, Senang Kunyah!

Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak…

6 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Telur, WAJIB Guna Krim Keju Ini Untuk Rasa Lagi Sedap!

Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang…

6 hours ago

Resepi Rempeyek Rangup Tanpa Acuan, Wanita Ini Kongsi Cara Tebar Guna Tepi Kuali

Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun…

8 hours ago