Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak pernah makan bayam Brazil kan? Bentuk bayam Brazil berlainan sedikit daripada bayam yang kita selalu jumpa dekat pasar tu. Kalau anda nak masak bayam Brazil, anda hanya perlu ambil pucuk dan daunnya sahaja kerana batangnya keras dan tak sesuai dimakan. Resepi kali ini telah diolah mengikut cita rasa kita, jadi jom cuba resepi bayam Brazil tumis ala Thai yang dikongsikan oleh Sesimple Loralin di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

BAYAM BRAZIL TUMIS ALA THAI

Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak pernah makan bayam Brazil kan? Bentuk bayam Brazil berlainan sedikit daripada bayam yang kita selalu jumpa dekat pasar tu. Kalau anda nak masak bayam Brazil, anda hanya perlu ambil pucuk dan daunnya sahaja kerana batangnya keras dan tak sesuai dimakan. Resepi kali ini telah diolah mengikut cita rasa kita, jadi jom cuba resepi bayam Brazil tumis ala Thai yang dikongsikan oleh Sesimple Loralin di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 1 mangkuk besar bayam Brazil atau kacang panjang (ambil bahagian lembut)

  • 3 ketul isi dada ayam (dicincang)

  • 6 ulas bawang putih

  • 6 ulas cili kecil

  • 2 sudu besar sos tiram

  • 2 sudu besar sos ikan

  • 1 sudu teh gula

  • 7 tangkai daun kemangi Thai basil

Kredit: Sesimple Loralin

CARA PENYEDIAAN
  • Kisar kasar atau cincang halus cili dan bawang putih.

  • Tumis bahan kisar sehingga kekuningan.

  • Masukkan isi ayam cincang. Tumis sehingga ayam masak.

  • Masukkan sos tiram, sos ikan dan gula.

  • Masukkan daun kemangi dan masak sehingga bangkit aroma daun kemangi.

  • Masukkan bayam Brazil kacau rata dan segera hidangkan panas-panas.

NOTA

Boleh gantikan bayam Brazil dengan kacang panjang atau sayur lain yang rangup.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.