Muah chee merupakan salah satu snek kaum Cina yang berasaskan tepung pulut dan disalut bersama kacang yang sudah dihancurkan. Rasanya liat-liat yang lembut dan sangat berlemak. Resepi ini mungkin nampak mudah tapi ia memerlukan cara yang betul nak buat supaya muah chee tidak terlalu liat. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Hana Hana di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MUAH CHEE

Muah chee merupakan salah satu snek kaum Cina yang berasaskan tepung pulut dan disalut bersama kacang yang sudah dihancurkan. Rasanya liat-liat yang lembut dan sangat berlemak. Resepi ini mungkin nampak mudah tapi ia memerlukan cara yang betul nak buat supaya muah chee tidak terlalu liat. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Hana Hana di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 250g tepung pulut

  • 1 sdb tepung ubi

  • 2 sdb minyak masak

  • 350 ml air

BAHAN B (SALUTAN)
  • 1 cawan kacang tanah

  • 4 sdb gula kastor

Kredit: Hana Hana

CARA PENYEDIAAN
  • Satukan tepung, masukkan air dan kacau sebati.

  • Masukkan minyak masak.

  • Alihkan bancuhan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

  • Setelah siap dikukus. Kacau sebati dan sejukkan.

  • Goreng kacang dan biarkannya sejuk.

  • Tumbuk atau kisar kacang yang telah dibuang kulit kemudian campurkan dengan gula dan gaul sebati.

  • Sudukan, cubit atau gunting kecil-kecil sesuai mana tepung yang telah disejukkan. Kemudian masukkan ke dalam kacang golekkannya dan sedia untuk di nikmati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.