Kalau anda biasa makan di restoran Cina Muslim mesti anda familiar dengan spicy garlic oil atau nama melayunya minyak bawang putih. Spicy garlic oil ini kebiasaannya akan diletakkan di dalam masakan yang mempunya sup dan juga di atas tahu yang berlauk. Jom cuba resepi spicy garlic oil yang dikongsikan oleh Hafiza Muaddah di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SPICY GARLIC OIL

Kalau anda biasa makan di restoran Cina Muslim mesti anda familiar dengan spicy garlic oil atau nama melayunya minyak bawang putih. Spicy garlic oil ini kebiasaannya akan diletakkan di dalam masakan yang mempunya sup dan juga di atas tahu yang berlauk. Jom cuba resepi spicy garlic oil yang dikongsikan oleh Hafiza Muaddah di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 3 labu bawang putih

  • 1 cawan minyak masak

  • 1 sudu besar pes thai chili in oil

  • 3 sudu besar serbuk cili thai (chili flakes)

  • 1 sudu besar gula nise atau gula melaka

  • 1 sudu kecil garam

  • 1 sudu kecil kicap manis

  • 2 sudu besar cuka

Kredit : Hafiza Muaddah

CARA PENYEDIAAN
  • Kupas bawang putih dan cincang kasar. Rendam dahulu dgn air supaya mudah nak kupas.

  • Panaskan minyak masak. Goreng bawang putih sehingga keperangan. Jangan terlalu garing dan hanya gunakan api yang sederhana kecil.

  • Kecilkan api dan masukkan serbuk cili, pes cili, cuka, kicap, gula serta garam dan kacau hingga sebati.

  • Siap dan boleh disimpan di dalam bekas yang kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.