resepi mexican bun

Sesiapa yang pernah makan Mexican Bun semestinya tahu bau kopinya yang sungguh wangi. Sebenarnya ada resepi Mexican Bun dengan menggunakan cawan kertas cupcake tau.

Keenakan Mexican Bun atau roti kopi menyebabkan ia sangat popular di serata dunia. Ia juga dikenali sebagai Roti Boy di kalangan orang Malaysia.

Perkongsian resepi Mexican Bun daripada Scha di Facebook yang menggunakan cawan kertas cupcake telah membuatkan ramai tertarik. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Roti Boy Homemade Gebu, Aroma Kopinya Memikat Sungguh

RESEPI MEXICAN BUN GUNA CAWAN KERTAS CUPCAKE

resepi mexican bun

Bahan-bahan roti:

  • 200g tepung roti
  • 110ml susu atau air
  • 25g gula
  • 4g yis
  • ½ sudu kecil garam (secubit garam)
  • 1 biji telur
  • 30g butter atau marjerin
  • 5g bread improve

Bahan-bahan topping:

Cara penyediaan roti:

1. Adun semua bahan roti lebih kurang seperti buat donut, kemudian bulat-bulat dan kembangkan.

2. Masukkan potongan butter yang berketul-ketul ke dalam doh dan ketepikan dahulu.

3. Bagi memulakan adunan topping, mula-mula pukul marjerin dengan gula sehingga sebati dan letak telur, kemudian pukul sehingga kembang.

4. Satukan air suam dengan kopi dan masukkan ke dalam adunan topping tadi, kemudian kacau-kacau sehingga sebati.

5. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan topping, kemudian kacau sebati sehingga jadi pekat dan likat.

resepi mexican bun

6. Letak dalam piping bag dan paipkan atas doh yang sudah kembang, tapi jangan sampai bawah. Paip sekitar ¼ (suku) saja sebab topping itu akan meleleh ke bawah.

7. Bakar dengan suhu 160ºC api atas dan 170ºC api bawah dalam 20 hingga 25 minit mengikut oven masing-masing. Siap!

Bagi mengetahui roti sudah masak atau belum, anda hanya perlu lihat hasil di bahagian bawahnya.

Jika ia sudah garing atau berwarna keperangan, maknanya resepi Mexican Bun anda sudah menjadi!

Aroma kopi bersama filling butter di dalam roti akan buat anda terliur setiap masa. Ia sungguh enak dimakan ketika masih panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Scha

Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN