Kalau korang nak tahu, selain mee kolok dan laksa Sarawak, mee belacan ini antara menu yang wajib dicuba apabila anda berada di Sarawak. Rasa mee belacan ini sangat unik tetapi sekali korang dah makan memang tak cukup satu mangkuk punya lah! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh QayLaa di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

1 jam
PENYEDIAAN

4-6 orang
HIDANGAN

MEE BELACAN SARAWAK

Kalau korang nak tahu, selain mee kolok dan laksa Sarawak, mee belacan ini antara menu yang wajib dicuba apabila anda berada di Sarawak. Rasa mee belacan ini sangat unik tetapi sekali korang dah makan memang tak cukup satu mangkuk punya lah! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh QayLaa di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 1 paket mihun

BAHAN B
  • 5 ulas bawang merah*

  • 4 ulas bawang putih*

  • 1 biji bawang besar*

  • 1 kiub belacan (agak-agak)*

  • Satu genggam udang kering *

  • 4-6 biji cili padi*

  • 1 kiub pati belacan

  • 1 kiub pati ayam

  • 2 sudu makan gula apong

  • 2 sudu makan petis udang

  • 2 sudu makan kicap pekat dan manis

  • 2 sudu makan sos tiram

  • Perasa secukup rasa

  • Air secukupnya

  • Tepung jagung dibancuh dengan air

BAHAN C
  • Telur padi direbus

  • Ketam merah dicelur di dalam air panas

  • Kacang tumbuk

Kredit: QayLaa 🌹

CARA PENYEDIAAN
  • Mihun direndam sekejap di dalam air panas, biar lembut dan toskan.

  • Bahan B bertanda * dikisarkan. Tumis ssehingga naik bau dan masukan air secukupnya. Masukkan juga bahan-bahan yang lain. Masak sehingga adunan menjadi pekat dan tambahkan bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi lebih pekat.

  • Kebiasaannya mee belacan dihias menggunakan hirisan timun, sotong kembang, kacang tanah tumbuk dan telur padi. Tetapi disebabkan kita guna bahan yang ada jadi tukarkan kepada ketam merah, kacang tanah tumbuk dan telur padi ya. Boleh tambahkan udang.

  • Letakan mihun, tuangkan kuah dan hias. Siap dan boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.