Orang Thailand panggil hidangan ini sebagai Money Bags tetapi resepi ini telah diubah mengikut selera orang kita. Buat penggemar telur puyuh, korang patut cuba resepi ini. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat money bags sangat ringkas dan mudah didapati di mana-mana pasar raya. Jom cuba resepi Money Bags yang telah dikongsikan oleh Cg Zila Zoom di Cookpad sangat sesuai untuk makan bersama seisi keluarga.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

30 min
PENYEDIAAN

3 orang
HIDANGAN

MONEY BAGS

Orang Thailand panggil hidangan ini sebagai Money Bags tetapi resepi ini telah diubah mengikut selera orang kita. Buat penggemar telur puyuh, korang patut cuba resepi ini. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat money bags sangat ringkas dan mudah didapati di mana-mana pasar raya. Jom cuba resepi Money Bags yang telah dikongsikan oleh Cg Zila Zoom di Cookpad sangat sesuai untuk makan bersama seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN MONEY BAGS
  • 10 helai kulit popia

  • 4 helai daun pandan untuk buat tali ikat

BAHAN – BAHAN INTI
  • 10 biji telur puyuh direbus

  • 2 biji kentang didadukan

  • Sedikit daging kisar

  • Sepokok daun sup

  • 2 sudu serbuk kari

BAHAN – BAHAN SOS PENCICAH
  • Garam

  • Sos cili Thai

Kredit: Cg Zila Zoom

CARA PENYEDIAAN
  • Rebus telur, kupas kulitnya dan ketepikan.

  • Tumiskan kentang, masukkan serbuk kari, daging kisar, daun sup dan perisakan. Kacau sehingga masak dan sejukkan dahulu. Bila dah agak sejuk. Gumpalkan dan masukkan telur ditengahnya.

  • Hamparkan helaian kulit popia. Letak inti yang telah dimasukkan telur puyuh di tengah-tengahnya.

  • Cantumkan setiap hujung kulit popia. Buatkan kantung seperti bunjut dan ikat menggunakan daun pandan kemas-kemas.

  • Panaskan minyak untuk deep fry. Gunakan api yang sederhana dan goreng sehingga agak perang.

  • Angkat dan toskan.

  • Hidangkan untuk keluarga tersayang. Cicah dengan sos cili thai.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.