Memandangkan buah limau sangat sinonim dengan perayaan kaum Cina jadi resepi hari ini kita buat kuih berbentuk buah limau. Mantou ini sebenarnya adalah sejenis roti yang dikukus, sesetengah orang suka yang di goreng dan ada juga yang suka makannya bersama susu. Kebiasaannya mantou yang dikukus mempunyai inti di dalamnya seperti kacang merah atau sayur-sayuran. Kali ini kita memberi kelainan pada inti mantounya kerana mempunyai puri labu. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MANDARIN ORANGE MANTOU

Memandangkan buah limau sangat sinonim dengan perayaan kaum Cina jadi resepi hari ini kita buat kuih berbentuk buah limau. Mantou ini sebenarnya adalah sejenis roti yang dikukus, sesetengah orang suka yang di goreng dan ada juga yang suka makannya bersama susu. Kebiasaannya mantou yang dikukus mempunyai inti di dalamnya seperti kacang merah atau sayur-sayuran. Kali ini kita memberi kelainan pada inti mantounya kerana mempunyai puri labu. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 biji buah labu saiz kecil (kupas kulit dan potong kecil)

  • 260 gram tepung kek atau tepung roti

  • 4 gram yis kering

  • 40 gram gula

  • 40 ml air

  • 10 ml minyak jagung atau minyak masak

  • 1/2 sudu teh garam halus

  • sedikit pewarna oren

  • Daun plastik

Kredit: Nor Al Fatihah

CARA PENYEDIAAN
  • Kukuskan labu selama 5 minit atau sehingga lembut. Kemudian, kisarkan dengan air sehingga halus menjadi seperti puri (dapatkan 150gram puri labu)

  • Satukan puri labu, tepung, yis, gula, air, minyak, garam dan pewarna oren. Gaul dan uli selama 10-15 minit sehingga menjadi doh yang agak lembut dan tidak melekat di tangan. Jika doh terlalu lembut, tambah sedikit tepung.

  • Perap doh di dalam bekas bertutup selama 30 minit hingga naik dua kali ganda. Tutup dengan menggunakan plastik.

  • Timbang doh setiap satu 30-40gram. Bulat-bulatkan dan masukkan ke dalam kain tuala dan  genggam atau ramasnya dengan kuat supaya corak kain tuala melekat pada doh sebagai kulit buah limau.

  • Buat lubang pada tengah doh dengan menggunakan chopstick sebagai bekas batang limau. Kemudian gariskan pula sebanyak lima kali di tepi lubang tadi sebagai garisan pada kulit limau.

  • Letak di atas baking paper atau kertas minyak. Rehatkan selama 30 minit sehingga kembang.

  • Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana besar.

  • Setelah masak, cucuk dengan daun plastik pada tengah-tengah lubang tadi sebagai daun limau. Sedia dihidangkan panas-panas dan boleh cicah bersama sekaya atau jem yang anda sukai.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.