Zaman sekarang  banyak dah kita nampak orang jual churros. Pelbagai jenis churros, ada yang coklat, perisa kayu manis dan perisa Oreo. Tapi tak pernah lagi kita jumpa churros kurma kan? Nak buat churros sebenarnya senang sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama sebab and tak perlu untuk menguli. Resepi churros kurma ini sesuai untuk dihidangkan pada anak-anak, pasti mereka suka. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Dira Juhari di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KURMA CHURROS

Zaman sekarang  banyak dah kita nampak orang jual churros. Pelbagai jenis churros, ada yang coklat, perisa kayu manis dan perisa Oreo. Tapi tak pernah lagi kita jumpa churros kurma kan? Nak buat churros sebenarnya senang sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama sebab and tak perlu untuk menguli. Resepi churros kurma ini sesuai untuk dihidangkan pada anak-anak, pasti mereka suka. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Dira Juhari di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 cawan susu fullcream

  • 1 1/2 sudu besar mentega (unsalted)

  • 2 sudu pesar puri kurma (kurma dikukus dan diblender dengan sedikit air)

  • 1/2 cawan tepung gandum

  • 2 biji telur gred C

Kredit : Dira Juhari

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kuali masukkan susu fullcream, mentega (unsalted), puri kurma dan masak sehingga sebati.

  • Masukkan tepung gandum dan kacau dalam 3 minit dan tutup api. Rehatkan 5 minit.

  • Masukkan telur 2 biji dan kacau adunan sehingga sebati.

  • Masukkan adunan ke dalam topping churros.

  • Panaskan kuali dengan minyak dan sedia untuk digoreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.