Siapa sangka kulit tembikai boleh dimakan dan dibuat gulai? Dengar macam pelik kan, tapi memang sedap dan berkhasiat. Rasa kulit tembikai ini sama seperti korang makan timun je. Tapi korang kena pastikan bahagian hijau pada kulit tembikai tu dibuang dan dibersihkan terlebih dahulu. Jom cuba resepi kulit tembikai masak bening yang dikongsikan oleh Ana Ahmad di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KULIT TEMBIKAI MASAK BENING

Siapa sangka kulit tembikai boleh dimakan dan dibuat gulai? Dengar macam pelik kan, tapi memang sedap dan berkhasiat. Rasa kulit tembikai ini sama seperti korang makan timun je. Tapi korang kena pastikan bahagian hijau pada kulit tembikai tu dibuang dan dibersihkan terlebih dahulu. Jom cuba resepi kulit tembikai masak bening yang dikongsikan oleh Ana Ahmad di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • Semangkuk kulit tembikai bahagian putih

  • 1 kiub ikan bilis

  • 4 ulas bawang putih

  • 3 keping keropok kering

  • 1/2 batang cili merah

  • 2 sudu kecil garam

  • 1/2 labu bawang besar

  • 1 liter air

Kredit : Ana Ahmad

CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan bahan-bahan.

  • Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau.

  • Tambah air dan biarkan mendidih. Tambahkan kulit tembikai, kiub ikan bilis, dan keropok. Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.