resepi kuih limas

Kuih limas merupakan sejenis kuih tradisional orang Perak. Sekali imbas, rupanya seakan dengan kuih tepung pelita.

Yang membezakannya adalah, kuih limas dibuat menggunakan tepung gandum dan tidak menggunakan tepung beras seperti kuih tepung pelita.

Jika tidak pandai membuat acuan menggunakan daun pisang, anda boleh menggunakan bekas plastik saja.

Kalau ada yang mahu mencuba kuih tradisi Perak ini, mari ikuti resipi perkongsian oleh Mas Cotek di bawah.

Baca juga: Resipi Punten, Makanan Tradisi Orang Jawa Yang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup

RESEPI KUIH LIMAS TRADISI ORANG PERAK

Bahan-bahan A (lapisan bawah):

  • 2 cawan santan cair 
  • 1 1/2 cawan jus pandan
  • 3 sudu makan gula
  • 1 1/4 cawan tepung gandum

Bahan-bahan B (lapisan atas):

  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan tepung gandum 
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan A. Kisar pun boleh.

2. Satukan juga semua bahan B. Kisar guna blender pun boleh.

3. Masukkan 1 sudu makan gula pasir ke dalam acuan sampan daun pisang @ bekas.

kuih limas

4. Tuang bahan A sehingga memenuhi 1/2 acuan.

5. Kukus selama 12 minit, kemudian angkat.

6. Sendeng kuih jika ada air diatasnya.

7. Seterusnya, tuang bahan B ke dalam acuan tadi. Kukus lagi selama 10 minit.

kuih limas

8. Angkat dan hidang apabila kuih telah sejuk. Selamat mencuba!

kuih limas

Kredit resipi dan gambar: Mas Cotek

Baca juga: Resipi Burasak, Makanan Tradisi Orang Bugis Yang Sedap & Ramai Suka

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN