Dangai kukus gula melaka merupakan satu hidangan kuih-muih tradisional yang sangat popular dan sering dijual di pasar malam. Malah ramai juga dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu amat meminati kuih ini kerana rasanya yang luar biasa! Lebih nikmat jika ianya dimakan ketika masih panas, sangat lembut dan gula melakanya juga cair di mulut. Akan tetapi, tak ramai orang tahu cara sebenar nak buat hidangan istimewa ni. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

20 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

DANGAI KUKUS GULA MELAKA

Dangai kukus gula melaka merupakan satu hidangan kuih-muih tradisional yang sangat popular dan sering dijual di pasar malam. Malah ramai juga dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu amat meminati kuih ini kerana rasanya yang luar biasa! Lebih nikmat jika ianya dimakan ketika masih panas, sangat lembut dan gula melakanya juga cair di mulut. Akan tetapi, tak ramai orang tahu cara sebenar nak buat hidangan istimewa ni. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 1 biji kelapa parut putih

  • 2 cawan tepung pulut

  • 1/2 sudu kecil garam halus

  • 1/2 ketul gula melaka – diracik halus

  • 1/3 cawan gula merah cap Bintang

  • 2 sudu besar gula halus/kastor

  • Acuan lompang secukupnya

CARA PENYEDIAAN
  • Satukan kelapa parut dan garam halus gaul sekata.

  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung pulut sambil digaul sebati dan buat sehingga tepung habis. Akan dapat hasil berderai.

  • Masukkan penuh adunan kelapa ke dalam acuan, tekan dengan ibu jari buatkan seperti berlubang di tengahnya. Letak gula melaka, gula merah dan gula pasir lebih kurang satu sudu kecil atau boleh satukan dahulu ketiga-tiga jenis gula itu kemudian letak sahaja satu sudu kecil.

  • Pastikan air telah mendidih, kukus selama 15 minit. Alihkan dan tunggu suam-suam keluarkan dari acuan.

TIPS

Kemanisan inti mengikut citarasa masing-masing. Jika satu sudu kecil terasa manis boleh kurangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.