resepi kuey teow thng

Jika anda merupakan salah orang peminat kuey teow, pasti pernah dengar tentang resepi Kuey Teow Thng yang cukup popular di Pulau Pinang bukan?

Sesetengah orang sangat sukakan hidangan berkuah untuk minum petang, jadi Kuey Teow Thng adalah pilihan yang paling tepat.

Kuey Teow Thng merupakan hidangan kuey teow yang cukup enak dinikmati dengan kuah manis bersama lauk sampingan lain yang sungguh lazat.

Jika belum pernah memakannya, anda wajib cuba resepi Kuey Teow Thng yang dikongsikan oleh Norhidayah Mohd Aripin di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Char Kuey Teow Penang Sedap & Mudah, Tak Cukup Sepinggan Dibuatnya!

RESEPI KUEY TEOW THNG

resepi kuey teow thng

Bahan-bahan:

  • 5 paket kuey teow (dicelur)
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan-bahan air rebusan ayam:

  • Isi ayam dan sedikit bahagian tulang
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 biji sengkuang
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula perang

Bahan-bahan kuah:

Cara-cara penyediaan air rebusan ayam:

1. Rebus ayam sehingga menggelegak, kemudian keluarkan bahagian air rebusan berkeladak berwarna coklat bahagian atas air rebusan dengan menggunakan senduk.

2. Apabila air rebusan sedikit jernih, masukkan semua bahan dan biarkan seketika.

3. Keluarkan bahan dan ketepikan air rebusan.

4. Carik isi ayam dan ketepikan.

Cara-cara penyediaan kuah:

1. Goreng sekejap jejari ikan yang dah dipotong nipis.

resepi kuey teow thng

2. Menggunakan minyak masak yang sama, tumis 2 hingga 3 ulas bawang putih dan 2 hiris halia.

3. Masukkan air rebusan ayam, cuka, minyak bijan dan minyak bawang putih.

4. Masukkan bebola ikan atau ayam dan biarkan mendidih, kemudian letak gula, garam dan perasa secukupnya.

5. Akhir sekali, masukkan kuey teow yang telah dicelur. Siap untuk dihidang!

Anda boleh jadikan resepi Kuey Teow Thng ini sebagai hidangan tengah hari atau minum petang buat seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Norhidayah Mohd Aripin

Baca juga: Resipi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam, Rahsia Buat Minyak Bawang Putih Yang Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN