resepi kuah laksa

Resepi kuah laksa biasanya kita guna ikan kan? Kali ini jom ubah selera dengan menggunakan ayam. Cara penyediaannya juga sama sahaja seperti masak laksa biasa.

Jadi, siapa yang teringin nak masak laksa tapi tak ada ikan, tak perlu susah-susah keluar membelinya kerana anda juga boleh menggunakan ayam.

Mari ikuti resipi langkah demi langkap hasil perkongsian oleh Animarlina Abd Maulop di bawah.

Baca juga: Cara Buat Laksa Kedah Padu, Sedap & Likat. Memang Kaw Punyalah!

RESEPI KUAH LAKSA AYAM

Bahan-bahan:

  • 1 kg isi ayam
  • 2 genggam cili kering (jika tak nak pedas boleh kurangkan)
  • 3 biji bawang besar
  • Sedikit belacan (anggaran besar duit 20 sen)
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • 5-6 keping asam keping (ikut tahap masam yang disukai)
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Rebus cili kering sehingga lembut. Kemudian tapiskan dan kisar cili kering bersama bawang besar, belacan dan 1 batang bunga kantan. Tuangkan ke dalam periuk.

2. Seterusnya, rebus isi ayam bersama 1 sudu garam dan 2 keping asam keping. Kemudian kisar halus bersama air rebusan ayam secukupnya. Tuangkan juga ke dalam periuk bersama bahan kisaran yang lain.

resepi kuah laksa

3. Letakkan juga daun kesum, bunga kantan, asam keping dan garam secukup rasa. 

4. Boleh ubai suai kuah mengikut selera masimg-masing. Boleh letakkan juga serai jika suka.

resepi kuah laksa

5. Sedia untuk dihidangkan bersama laksa kering yang sudah direbus, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Animarlina Abd Maulop, Amalina Ismail

Baca juga: Resipi Asam Laksa Original (Versi Cina). Kuah Tak Cair & Tak Pekat, Isi Ikan Pun Berketul-Ketul

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN