Siapa je tak kecur air liur bila tengok menu kerang bersama lemon asam limau kan? Kalau beli dekat luar mesti mahal punya, sebab kerang dekat pasar pun sudah cukup mahal. Kalau resepi ala Thai semestinya ada rasa masam, manis dan pedas. Memang cukup rasa lah, orang yang diet pun boleh makan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kitchen Usna Cute dan Cantik di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

30 min
PENYEDIAAN

6 orang
HIDANGAN

KERANG LEMON ASAM LIMAU

Siapa je tak kecur air liur bila tengok menu kerang bersama lemon asam limau kan? Kalau beli dekat luar mesti mahal punya, sebab kerang dekat pasar pun sudah cukup mahal. Kalau resepi ala Thai semestinya ada rasa masam, manis dan pedas. Memang cukup rasa lah, orang yang diet pun boleh makan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kitchen Usna Cute dan Cantik di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg kerang besar

  • 4 sudu besar sos lemon Yakin

  • 2 biji limau kasturi (air perahan)

  • 9 ulas bawang putih**

  • 1 biji bawang merah** (1/2 biji potong bulat- bulat)

  • 2 tangkai cili api merah**

  • Sedikit belacan**

  • Beberapa tangkai daun ketumbar**

  • Lebihan sedikit daun ketumbar (potong hiriskan)

  • 1 cawan besar air suam untuk dikisar

  • 1 biji tomato (dipotong dadu)

  • Air asam jawa sedikit (bancuh sedikit)

  • Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
  • Rebus dahulu 1kg kerang dalam masa beberapa minit sehingga kerang terbuka sendiri. Kemudian rendam bersama air sejuk supaya kerang nampak segar. Selepas itu, kupas kerang dengan membuang sebelahnya.

  • Yang bertanda ** dikisarkan semua (kisar sekejap sahaja). Letak bersama 1 cawan besar air suam untuk dikisarkan.

  • Masukkan di dalam kuali bahan-bahan yang telah dikisarkan, jangan terlalu lama, masukkan sos lemon Yakin, perahan limau kasturi, air asam jawa, garam dan gula.

  • Masukkan tomato yang telah dipotong dadu, bawang yang telah dipotong bulat bulat, hirisan daun ketumbar serta kerang. Gaul sebati, jangan terlalu lama masak kuah dia kerana kerang sudah direbus.

  • Akhir sekali masukkan di dalam mangkuk besar dimakan bersama nasi ketika panas atau pun makan begitu sahaja.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.