coklat tiramisu

Coklat Tiramisu Cheese Leleh adalah salah satu resipi yang diilhamkan dari tiramisu. Pencuci mulut ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga menarik perhatian dengan lapisan coklat yang gebu dan keju leleh yang memikat.

Resipi ini cukup mudah diikuti dan bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati. Jadi, anda jangan lupa mencuba membuat hidangan ini di rumah.

Baca juga: Resipi Kek Ros Santan Lembut & Cair Di Mulut, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

RESEPI KEK COKLAT TIRAMISU

coklat tiramisu

Bahan kek:

  • 10 biji telur
  • 2 1/2 cawan gula halus
  • 3 sudu besar emulco coklat
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (ayak dahulu)
  • 1 sudu besar ovalate

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mixer dan campur dengan kelajuan perlahan.
  2. Setelah sebati, masukkan 1/4 cawan susu segar. Kacau lagi hingga warna coklat gelap.
  3. Tambahkan lagi 1/4 cawan susu segar, menjadikan jumlah susu sebanyak 1/2 cawan. Kacau sehingga gebu.
  4. Perlahan-lahan, tambah 1 cawan minyak masak dan kacau sehingga sebati. Matikan mixer.
  5. Tuangkan adunan ke dalam bekas kukus.

Bahan topping cheese:

  • 500g cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan whipping cream
  • 1 cawan susu segar atau susu penuh krim

Cara penyediaan topping:

  1. Blender semua bahan hingga sebati.
  2. Tuang campuran topping ini di atas kek.
  3. Sejukkan kek selama 1-2 jam.

Untuk hiasan:

  1. Campurkan 5 sudu besar serbuk koko, 3 sudu besar Milo, 1 sachet Nescafe 3-in-1, dan 1 sudu besar snow powder. Gaul rata.
  2. Ayak campuran ini di atas kek dan ayak sekali lagi dengan serbuk koko sahaja.

Siap! Selamat mencuba!

Sumber: Empunya resipi

Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut Berongga & Kenyal, Elok Sungguh Kejadiannya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN