Kalau korang pernah tengok pokok belimbing buah ni, sekali dia berbuah memang banyak sangat sampai merimbun di dahannya. Selalunya bila ada lebih belimbing buluh ni orang akan buat sambal hitam je kan? Kali ini kita variasikan sikit kita buat kek buah belimbing buluh. Rasa masam dan manisnya memang cukup rasa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Netie Rose Oven di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KEK BUAH BELIMBING BULUH

Kalau korang pernah tengok pokok belimbing buah ni, sekali dia berbuah memang banyak sangat sampai merimbun di dahannya. Selalunya bila ada lebih belimbing buluh ni orang akan buat sambal hitam je kan? Kali ini kita variasikan sikit kita buat kek buah belimbing buluh. Rasa masam dan manisnya memang cukup rasa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Netie Rose Oven di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 12-14 biji buah belimbing buluh

  • 1 cawan gula halus

  • 1 cawan minyak jagung

  • 4 biji telur ayam

  • 1/2 sudu kecil garam

BAHAN B
  • 2 cawan tepung kek

  • 1 sudu kecil baking powder

  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

  • 1 sudu kecil pewarna hijau

  • 1 sudu kecil esen vanila

Kredit: Netie Rose Oven

CARA PENYEDIAAN
  • Potong buah belimbing buluh. Buang empuluh tengah.

  • Camporkan semua bahan-bahan A ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.

  • Ayak tepung bersama baking powder serta soda bikarbonat. Kemudian campurkan kedalan bahan-bahan yang dikisar tadi. Campurkan esen vanilla dan pewarna. Gaul balik sehingga sebati.

  • Tuang kedalam acuan yang telah disapu shortening.

  • Bakar selama 35 – 40 minit. Suhu 150-160C.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.