resepi jantung pisang

Biasanya untuk jantung pisang, ramai yang buat celur, kerabu atau masak lemak. Jadi kali ini apa kata kita ubah selera dengan mencuba resepi jantung pisang goreng cili ini pula.

Resipi perkongsian oleh Puan Syazlin Mansor ini sangat mudah dan menyelerakan. Ada sedikit rasa pedas tapi memang nikmat jika dimakan dengan nasi panas.

Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak sukar malah ianya sentiasa ada di dapur. Jom lihat cara-cara penyediaanya di bawah.

Baca juga: Petua Rebus Jantung Pisang Agar Putih Bersih & Tak Hitam, Ikut Cara Orang Lama Ini

RESEPI JANTUNG PISANG GORENG CILI

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji jantung pisang – direbus, dihiris kecik dan diperah sampai tiada air
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Ikan bilis
  • Belacan

Cara memasak:

1. Bersihkan jantung pisang dan rebus hingga empuk.

2. Hiris kecil jantung pisang tadi dan perah airnya hingga kering. Ketepikan.

3. Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan juga belacan. Jumlahnya terpulang pada selera masing-masing.

4. Panaskan minyak dengan secukupnya kemudian tumis bahan kisar tadi hingga garing.

5. Kemudian masukkan jantung pisang yang telah direbus dan diperah airnya tadi. Gaul rata.

resepi jantung pisang

Kredit resipi dan gambar: Syazlin Mansor

Baca juga: Kerabu Jantung Pisang Dengan Sotong & Pucuk Paku, Terliur Dibuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN