Selalunya ikan kembung rebus goreng akan dimakan bersama nasi goreng, barulah rasa nikmatnya! Tapi, resepi kali ini sangat ‘rare’ kerana ikan kembung rebus goreng ini kita akan hancurkan dia terlebih dahulu sebelum dimakan. Mesti korang rasa pelik kan? Tapi ianya sangat membantu untuk mereka yang ada anak kecil, tak ada lah risau mereka tercekik tulang. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Allivaani Krishnan di Cookpad!
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
15 min
PENYEDIAAN
3 orang
HIDANGAN

IKAN KEMBUNG REBUS GORENG MASAM MASIN
Selalunya ikan kembung rebus goreng akan dimakan bersama nasi goreng, barulah rasa nikmatnya! Tapi, resepi kali ini sangat ‘rare’ kerana ikan kembung rebus goreng ini kita akan hancurkan dia terlebih dahulu sebelum dimakan. Mesti korang rasa pelik kan? Tapi ianya sangat membantu untuk mereka yang ada anak kecil, tak ada lah risau mereka tercekik tulang. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Allivaani Krishnan di Cookpad!
BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan rebus kembung dicuci bersih
1 biji bawang merah kecil, nak tambah lebih pun boleh
1 biji cili padi
1 biji cili merah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit air limau nipis
Minyak untuk menggoreng ikan
CARA PENYEDIAAN
Setelah dah siap goreng ikan, biarkan sekejap bagi sejuk.
Asingkan duri dan isi ikan sehingga hancur.
Sediakan bawang merah, cili padi, cili merah dan perahan jus limau.
Hiriskan bawang merah, cili padi dan cili merah.
Gaul sebati bahan-bahan tersebut bersama ikan yang telah dihancurkan tadi.
Masukkan lada hitam, tidak perlu masukkan garam sebab ikan rebus ini memang ada rasa masin.
Masukkan jus limau nipis, gaul sebati dah siap boleh dimakan macam itu sahaja atau bersama nasi.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.