resepi daging kerutuk

Sesiapa yang berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia pasti teruja apabila terdengar tentang resepi Daging Kerutuk yang kesedapannya tak dipertikai lagi.

Daging Kerutuk atau daging masak kerutuk ialah makanan tradisional di Kelantan, Malaysia dan bahan utama yang digunakan untuk menyediakan hidangan ini ialah daging lembu.

Buat anda yang kali pertama dengar tentang kerutuk, sebenarnya ia merupakan sejenis kari berasaskan santan yang sangat kaya.

Secara tradisinya, orang Kelantan akan guna resepi Daging Kerutuk untuk jadikan lauk yang enak dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman.

Nak tahu bagaimana rasa lauk yang popular di Kelantan ini, anda boleh cuba resepi Daging Kerutuk yang dikongsikan oleh Nurul Farhanim di Facebook ini.

Baca juga: Daging Goreng Kunyit Berkuah, Sudah Cuba Sekali Pasti Nak Buat Lagi

RESEPI DAGING KERUTUK

resepi daging kerutuk

Bahan-bahan:

  • Daging
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 inci halia*
  • 5 sudu cili boh (lada kering yang dah dikisar)
  • 2 sudu kerisik
  • 4 sudu rempah kerutuk (rempah cap adabi)
  • Bawang besar (dipotong bulat)
  • Lada besar (dipotong kasar)
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
  • Air
  • Santan

Cara-cara:

1. Kisar bahan bertanda (*).

2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang sudah dikisar sehingga naik bau.

3. Masukkan rempah kerutuk dan tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan kerisik.

4. Tambahkan air dan letakkan daging, kemudian biarkan sehingga daging empuk dan sehingga nampak hampir kering.

5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula, kemudian apabila nampak sudah kering, masukkan santan.

6. Masak lagi sampai nampak nak kering, kemudian masukkan bawang dan lada besar yang sudah dipotong. Siap untuk dihidang!

Anda yang mempunyai pasangan berasal dari Kelantan cubalah sekali-sekala buat resepi Daging Kerutuk ini yang semestinya bakal dipuji nanti.

Selain dijadikan sebagai lauk tengah hari, anda juga boleh jadikannya sebagai lauk makan malam yang lazat di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Farhanim

Baca juga: Daging Goreng Kunyit Simple Dengan 5 Langkah, Tak Gaduh Bila Kunyah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN